❝ are you alice? ❞
Home Facebook twitter tumblr networks follow
PENGALAMAN INTERVIEW LANDSCAPE ARCHITECTURE UiTM 2017 (Temuduga Senibina Landskap) posted at 01:07

So Assalamualaikum guys,
ni aku shiff? ingat lagi dak?
so mmg gila lama tak bukak blog ni sampai aku tak tau tadi mana button nak buat post baru lel
Hahhh so first of all korang boleh tgk tajuk tu sendiri en? haaaaaa aku pi interview kelmarin weii haha (pestime weh dlm hidup aku gila tak debor),

huh so nak dijadikan cerita, Time kluor result spm aku ritu cam sedih gila ah wei. result aku takdela teruk mana pon tapi acceptable ah, even takdapat mcm aku nak tapi tu lah rezeki kita kan, kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. So yes, aku redho je dgn result aku. Even tak dpt byk A's cam aku nak, tapi alhamdulillah lah en semua credit huuu. Ok so mula2 aku fed up ah nak check kelayakan untuk ambik architect ni sbb cam xlayak je (aku ni dari dalam perut mak aku dulu lagi tau dok cita2 nak jadi arch) k tipu. sebenornye baru form 4 ritu lol. ini semua tahi!!

So aku rasa cam malas nak check ah kan but hati aku ni dok cakap, check je laaaa mana tau dapat. so aku rajinkanlah diri aku ni check. As expected, AKU TAK DAPAT lol lmaoo tahi tahi. syarat dia math aku kena dapat B for pure architect, and guess what aku dapat C+ for math -__-
and yes, meratap di lantai lah aku. hmmm so dgn perasaan malas nak layan perasaan neh, aku pon tetiba jadi rajin pi check course lain yang aku layak. and ALHAMDULILLAH, Aku layak untuk course Landscape Arhchitect yang mana syarat math kna dapat C, so aku cam haaaa bagus sangat ni haaa! takpaaaa at least arkitek jugak en? Even atas pagar je math lol aku kalo math memang kelaut 

So aku dengan penuh semangat yang membara ni, terus pi buka Laman web UPU and letak first atas skali wei course Senibina landskap uh. Even aku dah tahu yang course tu ada temuduga tapi still nak gak sbb haaaaa ko tahu lah kan, bila kita ni nak kan sesuatu, KITA KENA BERKORBAN! FAHAM TAK BERKORBAN! huhuhu ini semua tahi

So lepas sent apa semua tu dkt upu, aku dengan sabarnya menuggu keputusan panggilan temuduga.
tunggu punya tunggu, Tibalah masanya hari yang dinantikan iaitu result temuduga 18 April 2017.
tbh aku ni tak kesah pon kalau takdapat sbb ye lah kan, sape lah aku ni kur kur kurr,
So Aku bukaklah laman web UiTM tu check panggilan Temuduga apa semua tu. dalam hati aku time tu, confirm TAK DAPAT NI lol sbb sengit gila en, org bijak2 kat luar sana pon ramai lagi mohon kos ni, aku ni apalah sangat. So, dah bila bukak web tu, Ketar2 tangan time tu weiii haha lmao < ko nampak tak kesungguhan disitu lol!!

Siap aku tulis Ic aku apa semua tu maka kluor la result tu and ALHAMDULILLAH aku dapat panggilan temuduga weii bagi kos nehh!


Syukur syukur syukur! totally unexpected lah! tapi Rezeki Allah ada dimana2 kan, So ko jangan berhenti doa kat Allah, Jangan cepat fed up cam aku nih, bila dah nama rezeki, ada lah tu. Jangan bimbang2!

So back to the story, dalam masa seminggu tu, Aku buat research banyak gila pasal architect nih and aku ada tanya senior2 aku yang ambik course ni gak, dorang cakap nanti iv kna cakap english tau, and aku just like okay. no prob kalau yang tu. tapi tang melukis tu aku bimbang gila! sbb dah lama kot aku tak drawing shading sketching apa semua ni. skill aku semua pudar habis dah. So cam selalu, malas nak ikutkan perasaan bimbang ni, aku tengok vid lam youtube on how to draw well and buat research pasal shading and basic form apa semua and alhamdulillah a day before the interview aku memang ready yakin habis lol

So the day has come, 22 April 2017. aku ingat sampai mati tarikh ni lol. Tarikh keramat bagi aku kur kur kurr. so aku dapat iv dekat uitm machang and jarak ngan rumah aku takdelah jauh mana. so lam paper tulis pukul 12:30, aku cam pelik je kan.. biar betul pukul 12:30?? uitm lain semua pukul 8:30 kot. aku cam blur ah kan pening sikit2 dok pikiaq tak keluaq2 neh lol. so aku buat decision untuk call pihak uitm sendiri and dorang cakap bergantung kpd cawangan masing2 and lega sikit aku. rupa2nya kat kelantan ni takde mana pon pi iv senibina neh. sbb tu la dorang start lambat. kawan aku yang dok kat shah alam tu cakap orang pi iv kt sana sampai 600+ and aku like whatttt kat sini 200 pon entah sampai ke idok.

So aku bertolak pi kat sana pukul 10:30 cam gitu and sampai dalam pukul 11:00. Time tu orang dah ramai dah datang before aku. masing2 aku nampak bawak lukisan2 dorang tebal nak mampos, portfolio lukisan dorang ya Allah besornya, Allah saja yang tahu. aku tak tahulah maybe dorang ambik art kot dulu. manakala aku kat sini mereput tengok dorang dengan lukisan aku ada dalam 10 helai je lmao jeles woiii haha, tbh aku xambik art or any lukisan kejuruteraan time kat skolah dulu huuu nyesal weh! aku ada je lukisan sbelum ni tapi setiap kali lepas aku siap melukis aku lempor kat mana tah kertas tuh huhuhuu *sila ambil pengajaran lol* 

 And back to the story, aku ingat kat situ semua dari kelantan, rupanya ada yang datang dari ganu and others lah yang dipanggil kawasan 'Pantai timur' tuh. Nasib aku dapat iv kat kelantan. xyah susah2 pi dekat negeri lain. So aku ngan umi aku dok relaks2 lah kan tengah tunggu untuk dipanggil for ujian melukis. takde guna nombor apa pon. sampai tu cuma cari nama kita and sign tanda kita hadir temuduga. As what as i said, tak ramai pon yang pi iv. Muka masing2 semua cuak doh tunggu dipanggil for melukis. belum ftf lagi lol. so nak dekat sejam jugak kami tunggu and akhirnya dipanggil for ujian Melukis. Eh lupa nak gitau, Temuduga ni ada 2 bahagian, Satu ujian melukis, and satu lagi ujian face to face lah en.

So, UJIAN MELUKIS:

Ok first, diorang akan panggil semua yang ambil bahagian melukis ni berkumpul belah kiri meja pendaftaran. xkira la korang ni dari pure architect ke, landscape architect ke, perancangan bandar & wilayah ke, interior designer ke apa smua, bila time ujian melukis dorang akan buat serentak)
best lah jugak en sebab dapat kenal kawan2 baru yang masuk air sekepala ni lol 

So kitorang semua ni dibawa ke satu bilik yang takde lah besor mane. Dalam bilik tu, dorang akan susun meja secara mengelilingi, which is mean dekat tengah2 tu ada meja yang mana dorang letak banyak la jugak basic form, dalam 5 gitu. xsilap aku ada silinder, pyramid, circle, cube and 1 lagi aku lupa. So bila masuk tu, aku try cari angle yang sesuai and senang untuk lukis tu and alhamdulillah aku dapat angle yang paling senang untuk lukis which is most of people have to draw about 6 or 7 basic form, and aku ni kena lukis 4 je basic form tuh, gila kau tak happy! jimat masa doh. sebab tu la orang kata bila dah masuk bilik melukis tu, cari la line meja yang paling strategik and paling senang nak lukis. 

so lepas masing2 dah ambik tempat duduk, staff dorang akan agihkan plain paper which is xsilap aku paper A3. so bila masing2 tu dah dapat, maka bermulalah ujian melukis yang diberi masa 1 jam. masing2 focus gila mak kauuuu huhu! korang lukis lah sehabis baik! Shading biar cantik, neatness kena jaga, and the most important garisan form tu biar halus and straight, kat sini aku silap sebab aku buat nampak cam comot sikit and garisan form tu over tebal haihhh. so ambik pengajaran yaaa tbh aku menyesal sebab rilex sangat sampai lupa kekemasan dia kur kur

So lepas sejam berlalu, maka tamatlah sesi Ujian melukis. kur kurrr simple je kan? skang ni masa yang menderbarkan buat semua orang  (except aku lol)  sudah tibaaaa!!  which is Interview face to faceeee huuuu. ok pastu korang akan dipecahkan ikut course masing2 and disuruh tunggu depan bilik.

INTERVIEW FACE TO FACE:

time ni aku tengok muka masing2 dah macam pucat lol serius aku tak tipu!! yang laki pon dari asalnya mula2 tadi bising skang dok senyap muhasabah diri masing2 yang pompuan lagi lah masyaAllah hahhahaha
aku je dok rilek sebab nombor panggilan aku adalah yang last since dorang akan panggil ikut abjad nama kita, ye lah kan, aku kan mula nama ngan 'W', so aku lah orang yang dorang akan panggil paling last berdasarkan paper yang tertampal kat dinding which is nombor aku 20/20. yang iv for landscape arch semuanya 20 org and aku paling last. so aku time tu dok rileks je sbb lambat lagi kan nak panggil. mula2 aku nak pi solat zohor ngan umi aku since turn aku lambat lagi en pastu umi aku decide suh aku dok dulu tunggu and umi aku pi solat dulu and aku just setuju je apa yang umi aku cakap. 

So nak dijadikan cerita, time tu iv belom start but masing2 dah penuh tunggu duduk atas kerusi yang disediakan depan bilik uh. Landscape arch adalah diantara course yang paling ramai pi iv so memang xcukup ah kerusi dpn bilik kena iv tu, so aku decide untuk pi duduk kt kerusi course lain yang ada kosong. time tu aku dok rilek ah kan gelak2 berwhatsapp ngan kawan2 sekepala neh tanpa menghiraukan pasal iv tu, ye lah kan, nama aku paling last kan? haha

So time aku dok khusyuk berwhatsapp tu, Course aku dah start panggil nama dah untuk diinterview. Sekali panggil, 2 orang kena masuk. Tapi interviewe tu sorang2 lah. ada 2 meja and 2 peng-interviewer dalam satu bilik. so nama first kena panggil adalah pompuan and aku be like "goodluck yee, jangan takud takud huuuu" sambil tersengih2 kerang busuk hoho bongok tol. pastu nama kedua dipanggil,
"Wan nor Shifa Bt wan Mohd, Sila masuk untuk diinterview" and aku just like WHATTTTTTTTTTT???!!!! bukan ke nama aku lastttt???
Muka aku cuak gila and rasa cam kena backstabbed je hahahaha tu la aku bongkak sangat hahhaha kan dah kenaaa! so aku dengan muka terkejut+ senyum fake jalan pi masuk bilik and ada la suara2 kecil dok cakap 'goodluck!' huuuu padan muka aku, nasib baik dah ready kuakua kalau tak lerakkkkk haha.

so time aku masuk dalam bilik tu agak gopoh lah sikit tang kena bawak kuor documents2 apa semua tu. nasib baik penginterviewer tu sporting gila hoho suara lembut woiiii dah la pakai songkokk haha tahi betul! 
ok so mostly dia tanya aku soalan yang pelik2 which is takde kaitan langsung cam yang aku baca tu, memang agak xpuas hati sikit ah sebab aku dah sediakan tokoh arkitek aku tapi dia tak tanya pon huh T____T

Aku xbrape ingat sangat soalan yang dia tanya aku tu, tapi tak silap time mula2 tu dia suh aku;

  1. Introduce yourself.
  2. What do you understand about landscape architecture?
  3. Why do i have to choose you among other student today?
3 tu je yang aku ingat, the rest aku lupa sebab aku jawab jawapan dia dengan spontan and dia tanya soalan pon pelik2. xsilap aku dia tanya dalam 4 soalan cemtu. dia banyak cakap dari tanya aku soalan huuhhh. kat situ aku rasa cam kurang puas hati lah sebab aku rasa aku boleh buat lagi baik dari tu. Make sure kena cakap dalam BI ye anak2, even dorang tanya dalam bhasa melayu. tapi aku punya ni mula2 je aku asyik cakap BI, pastu burn sbb dia asyik cakap bm je lol and aku just like mampoihhh laa cakap bahasa apa pon asalkan yakin.

 Haaa kat sini aku nak cakap, Even grammar or jawapan korang salah, Just YAKIN!! tu je senanya dorang nak tengok dekat kau. salah betul jawapan lain kira. Aku hari tu dia tanya soalan pasal apa ntah tapi aku main tembak je tapi muka tu MasyaAllah, Yakin tahap boleh jadi lecturer lol! (buat muka tak bersalah plak tuh kuakua). tapi dia rilek je, Interviewer Sporting nak mampuih sampai aku rasa mcm tengah dok berbual ngan member lol

So kat sini aku tengah tunggu result untuk keluar. Aku mohon korang tolong doakan aku ye agar aku dapat course ni. aku memang minat sangat course nih  serious tak tipu. 

" Ya Allah, Kalau course ini adalah yang terbaik buat Wan Nor shifa Bt wan Mohd, Kau berikanlah dia kejayaan supaya dia diterima di dalam course landskap arkitek ini ya Allah, Amin ya Rabbal alamin"



Assalamualaikum, WnShiff
All rights reserved f-allingyou.com
HOME | OLDER ENTRIES ▶


About
بسم الله الرحمن الرحيم
SHIFA WM . Officiallyeighteen ♥


PAUSE HERE

Hello and Say hi to kawan blogging(s). Welcome to my blog . Please navigate around happily. And follow me if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so I can visit you back ;3
Twitturrr
Leave your footsteps!
Instagrammm
Followers
Credits
Layout and header image by mymostloved with base image, brushes and background.